Geng Membaca

Friday 26 August 2011

Duit Raya yang terlebih =)

Assalamualaikum.

Salam 26 Ramadhan untuk semua. Sekejap je dah penghujung ramadhan kan. Insya Allah selasa ni sudah 1 syawal. Kita merayakan dua (2) perayaan dalam satu masa. Wow ! Hebatnya 31 ogos kali ini. Sembahyang raya sempena Hari Kebebasan. =) Nice combination.

I'm very happy today. Aku dapat duit raya!! yeah yeah. *kecoh sedunia. Whatever laa. Aku kecoh sebab this is my first time dapat duit raya yang terlebih sudah. 

Maybe sounds like poyo2x gitu. show off bagai. hikhik. Tadi petang adalah hari di mana kami bersalaman sesama staff. First time jugak laa aku rasa suasana begitu. Before ni tak pernah bekerja sepertimana kerja aku sekarang. So, no wonder aku jadi agak gelabah gelabah. heee.
Excited siot.hahaha! Time tulis ni punn aku senyum sorang2x. =) seram kan. kihkih.Seriously, its crazy but its real. I got RM500. I say again RM500 just only for duit raya. Gila kan???


Quality picture ni agak ta berapa cantik. Just guna handphone buruk C903 yang banyak membantu aku. =)
Btw, aku masih gembira tak terkata dengan duit raya yang aku dapat. Kerana hanya sebab hari raya aku dapat cash money sebanyak tu. kalah elaun aku. =) hee. kalau macam ni gayanya hari-hari aku rasa nak sambut raya. *lebih2x pulak kan. heheh

p/s  :  Aku mendoakan agar perniagaan Dato' Johari akan terus maju dalam sektor pembinaan yang menjadi teras kepada keuntungan lipat ganda syarikat. Mudah-mudahan aku juga akan lebih berdedikasi menjadi practical stdent di sana, hehehe =)


Tangan di bahu mata ke atas. ohh yeah. thanks for reading

Sunday 21 August 2011

Lelaki bukan seorang. sedapkan hati =)

Assalamualaikum.


I want a positive change in my life. Itu da cukup menggambarkan betapa aku nak mulakan kehidupan baru aku.I have a great family, amazing friends and wonderful life (maybe). Even though my life is not perfect but I'm still grateful for what I have.

Allah Maha Mengetahui. Dia tahu siapa yang terbaik untuk aku. Mungkin, ini pengajaran untuk aku. Biar aku lebih berhati hati masa yang akan datang.

Lelaki yang boleh bimbing aku dan menjadi imam pada aku kelak mudah mudahan Allah tunjukkan. =)

Hikhik. Gedik je ayat aku. Baru kecewa punye pasal.=( 
Now, better aku focus belajar aku dan biaq pi la masalah cintan cintun  aku ni. Blajar sampai berjaya. Menjadi Akauntan yang bertauliah one day then dapat pakai kereta idaman aku. heee.

p/s : Ye.Ini baru la nama nya kehidupan. Ada manis ada pahit. Even pahit macam mana punn, itulahh dugaan yang menjadikan kita lebih kuat. Aku percaya Allah tidak menguji hambanya sekiranya hambanya tidak kuat menerima ujian itu. =) reda dan pasrah ape yang berlaku. I need to going on in my life. And start a new fresh mode after this.

Tangan di bahu mata ke atas. ohh yeah. thanks for reading

Friday 19 August 2011

Isu Lisa kahwin timbul marah lelaki bujang ? kiki

Assalamualaikum.

Hari ini hari apa? Jumaat cikgu. Berapa haribulan? 19hb cikgu. Yeahyeah! aku dah mula perasan menjadi seorang cikgu meskipun hakikatnya aku tidak bercita-cita punn menjadi seorang cikgu. Sebab ape? sebab aku rasa diri aku ni terlalu lembut untuk mendidik. *perasan lembut =) Silap-silap budak-budak tu nanti yang ajar aku.

Title aku tu takde kena mengena punn dengan entry aku. hehe. =) bang Bang Booom. *buat lawak sorang2x

Aku suka hari jumaat. Penghulu bagi segala hari. Hari jumaat ni banyak fadhilatnya tau. Antaranya :-

1- ALBAZZAR meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad s.a.w biasa memotong kuku dan menggunting misai sebelum keluar untuk solat Jumaat.----- > p/s : So, potongla kuku tu, misai tu ye. untuk kaum lelaki yang nak pergi solat jumaat. Kan nak lebih hensem dan kemas =) jeng jeng sekaligus ikut sunah nabi.

2- Nabi Muhammad s.a.w  bersabda "siapa yang membaca pada pagi jumaat sebelum solat subuh Astagh firullahaladzi la illa huwal hayyul qayyum wa atubu ilaihi tiga kali, nescaya Allah akan mengampunkan dosa-dosanya walaupun sebanyak buih di laut."

3- Dari Abu Hurairah katanya, dia mendengar Nabi s.a.w bersabda  " Janganlah kamu berpuasa pada hari Jumaat, melainkan bersama satu hari sebelumnya atau sesudahnya."

4- Nabi s.a.w bersabda  " Siapa yang berwuduk sahaja untuk menghadiri solat Jumaat adalah sudah baik (memadai) tetapi siapa yang mandi maka adalah terlebih baik. "------> p/s : Sekadar curah-curah air tiga gayung pun dah cukup rasanya. Asalkan bersih. hikhik. =)

5- Nabi s.a.w bersabda "Sesungguhnya hari-hari yang utama bagi kamu iaitu hari Jumaat, maka perbanyakkanlah selawat padaku kerana bacaan selawatmu itu langsung disampaikan kepadaku ( pada hari Jumaat ) -------> p/s :daripada kita menyanyi lagu baby(justin bieber) uhhh lebih baik kita ringankan mulut berselawat. =) heee

Ni punn kira peringatan untuk aku juga. Dan aku sekadar berkongsi je. hikhik. Aku suka hari jumaat ni ada lagi satu sebab. Sebab nya last day keje. Pastu sabtu ahad cuti. Best kn ?? Rest hour punn lama sikit berbanding hari biasa. 2 jam gitu lorh. So, boleh laaa pejam-pejam mata ni. kikiki. Alasan yang standet la untuk budak practical macam aku. Malas memanjang.

p/s : Selamat hari Jumaat dan tingkatkan amalan kita sama-sama. =) weee~




Tangan di bahu mata ke atas. ohh yeah. thanks for reading

Tuesday 16 August 2011

17 Ramadhan

Assalamualaikum.

I have been busy lately dealing with my job.*bajet je alin ni* Bukan busy apa pun. Just letih-letih gedik je dia ni. Poyo kan aku. haha =) So, masuk sudah tiga (3) minggu kita semua berada di bulan ramadhan. Alhamdulillah. Semakin hampir tiba malam lailatul qadar.

Tengahari tadi di office, as usual ada slot tazkirah lebih kurang 1 jam 15 minit gitu-gitu bersama penceramah jemputan. Ouh. Seriously, penceramah tadi memang syiok wa cakap lu. Tidak mengantuk dibuatnya. Terus lapang je dada ni dengar ceramah sebegitu. Aku mengaku aku cetek lagi dalam ilmu agama. Alhamdulillah, sepanjang ramadhan ni banyak ilmu aku perolehi. Terasa insaf ouhhhh. But as a human being, I'm still do a mistake over and over again. Insya Allah, aku akan cuba perbaiki diri ini dari semasa ke semasa. heeheheh.

Perasan tak. Setiap entry aku, mesti mukaddimah aku meleret-meleret sebelum masuk ke topic sebenar. Bosan kan?. takpelaa. layan kan aje. korang kan manis. =) Hehehe. tetiba pulak kan

Besok di ishtiharkan bahawa selangor cuti. cuti ape ?? Yeah. Nuzul Quran la beb. Ini la topik aku. Aku nak bercerita kat sini bahawa esok aku cuti. Alahai ! *nampak sangat gelabahnya* haha.

Nuzul Quran???
Apa yang dimaksudkan dengan Nuzul Quran? Ini dia ------> Nuzul yang diambil daripada perkataan bahasa Arab diertikan sebagai penurunan, sementara al-Quran pula merupakan kitab Allah yang diberikan kepada Nabi akhir zaman iaitu Nabi Muhammad s.a.w.

Jadi istilah Nuzul al-Quran boleh diertikan sebagai penurunan al-Quran ke atas baginda Rasulullah sebagai petunjuk kepada umat manusia sejagat.


Sepanjang aku dengar tazkirah di bulan Ramadhan ini, ustaz-ustaz menyeru untuk kita sebagai umat Islam berpegang pada Al Quran. So, nampak kan di situ betapa pentingnya Al-Quran dalam kehidupan. Tidakk ramai antara kita yang meluangkan masa membaca Al Quran. Contoh yang paling hampir tapi tak hampir sangat. Akulah antara contohnya. Hehehe. Since commitment dengan studies tu wujud, aku jadi jadi leka. Alhamdulillah, sekarang aku tak leka sangat dah. =)

Tiga jenis manusia di kalangan hamba Allah yang Islam yang berbeza pendirian atau sikap mereka terhadap al-Quran:


1- Yang menganiayai diri mereka sendiri : Iaitu golongan yang kesalahan dosa mereka lebih banyak daripada pahala kebaikan, kerana mereka tidak membaca al-Quran, mentelaah, berdiskusi apatah lagi untuk beramalan dengan perintah Allah di dalamnya.

2- Adapun golongan yang bersederhana : Ialah golongan di mana kesalahan dosa mereka sama banyak dengan pahala, mereka adalah golongan yang membaca al-Quran tetapi belum bersedia untuk melaksanakan isi-isi kandungannya yang terdiri daripada hukum-hakam Allah.

3- Sementara golongan yang berlumba-lumba untuk berbuat kebaikan : Ialah golongan yang amat banyak kebaikan yang dilakukannya dan amat jarang berbuat kesalahan, mereka adalah golongan yang bersedia untuk melaksanakan hukum perintah Allah dalam al-Quran seperti hukum Hudud, Qisas dan Ta’zir, kerana hukum-hukum itu sahaja yang mampu menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh umat manusia sepanjang masa.


So, pilihan kita semua terletak pada diri kita. Golongan mana yang kita mahu ? Sudah tentu lahh menjadi golongan yang terbaik di sisi Allah kan. Sama laa dengan aku. So, what are you waiting for. Kejarlah amalan di dunia ye. meh sama-sama membaca Al Quran. *ustazah Alynn yang perasan jadi ustazah*
Evryone makes mistake and deserve a second chance.


p/s : Termenunglah dan selamat selamat. =) hhehe. Aku bebel ni untuk diri aku. I just feel to write it.




                           
Tangan di bahu mata ke atas. ohh yeah. thanks for reading

Friday 12 August 2011

Wah Chan Im coming =)

Assalamualaikum

Saya rindu Ashraf Muslim. teet ! Aku ni peminat dia. Dia hensem seh. Muka perghhh sedap mata memandang lahh bagi aku. *nak bf muka macam dia boleh ? hee. Takdelaaa gurau je.

Almost 2 weeks kita menjalani ibadah puasa. Nampak sekejap je kan masa berjalan. Bayangkan kalau saat ini masa berhenti dan starting for reverse je memanjang. Mesti sekarang umur aku tak naik-naik.kihkih. Then, tup tup tup tap aku lahir. penghujungnya. Oh, sungguh pelik. Sesungguhnya Allah itu maha bijaksana.

Masuk kepada story yang sebenar. Elaun practical aku dah masuk. Its quite late payment. but aku tak kisah mana punn sebab for now I'm not desperate using a money. Duit PT punn still ada.Masih di takok yang sama. Memang aku simpan PT tu untuk bayar balik. weee~ So, cepatlahh hutang aku settle.

Cakap pasal duit elaun. Ye.Aku dah planning duit hasil kerja keras aku tu. =) dari pukul 8.30am-6.00pm aku bekerja mengerah otak. So, dengan RM400 sebulan mungkin tak banyak dan tak cukup nak beli kereta. Tapi itu sudah cukup untuk aku yang masih belajar ni.

Lepastu entah macam mana Masliah bestfriend aku -----> yang gambar kat sebelah uh dia bagi idea yang memang the best I think.

Antara conversation aku bersama mas -lebih kurang macam ni la-


Mas    : Assalamualaikum alin. alin dah dapat elaun?
Aku    : Eh,mas kita tak masuk lagi elaun.=( ( Time tu masih tak dapat ). Mas beli apa je duit tu?

Mas    : Larh. lambatnya masuk. kita dah dapat.Kita ingat nak beli aset untuk diri sendiri. Nak beli  
            cincin or gelang emas. Kalau beli handphone harga jatuh. Kalau beli emas harga emas tinggi.
Alin     : Wah. betul jugak kita punn nak ikut idea mas la. kita nak beli cincin emas. hehehe =)




Hhaha. So, aku punn nak beli jugaklaa emas untuk aset aku. Nampak sikit yang aku ni bekerja. hehehe. Genap 5 bulan practical.Dapat RM2000. Siapa nak kasi. Seriously, kerja memang stress. there are so many works to do but enjoy glerr if you working at a company yang prihatin dengan staff. I'm really thankful to Allah for what I've got today. Alhamdulillah.

Tak tidur dari sahur tadi. nak tunjuk sikit yang mata aku ni tahan sampai ke tengahari konon nya. hehehhe =) . Have to packing my stuff right now.

p/s : Now, I'm going to Johor for berbuka puasa di kampung. Misi : terjah bazar ramadhan di sana. see you.








Tangan di bahu mata ke atas. ohh yeah. thanks for reading

Sunday 7 August 2011

Muka baru =)

Assalamualaikum.

First thing aku nak beritahu di sini bahawa yang aku memang tengah free.. huhu.. berlagak kan.. =) Thats why aku asyik post je memanjang. Semalam title post aku seminggu sudah. Hari ini pula muka baru.. Esok lusa ohh mungkin tidak ada post barangkali. hehehhe.

Meh cek nak habak mai kat ampa. Hari ini memang aku rasa lapang gler. Lapang dengan masa yang aku rasa terlalu lapang. Ehh! cam pelik je kan ayat. Biasalahh. Bahasa Melayu aku dapat B3 je. Sebab tu blog aku ayat tak menarik perhatian punnn untuk tontonan.. huhu..Barang yang lepas usah dikenang. Even dapat B3 punn. Aku still anak Malaysia. = ) Haish. merepek je kan. Takpe. simple je. korang abaikan ayat-ayat tu. hehehe

Now, aku nak story tentang muka baru tu.. Wah ! of course korang boleh guess apa yang baru tu. hehehhe.. Actually, yang baru itu adalah blog aku ni. heee =) show off pulakkan. Hee. Aku suka muka baru blog aku ni. Nampak simple dan sedap je mata memandang. HAHA.. puji blog sendiri.=)

Sedang aku blogwalking tadi, aku terdetik hati, terbuka minda, tersentuh jiwa melihat kecantikan blog-blog mereka yang begblog.. =) hahaha.. Seriously, menarik je. Ayat-ayat punn tersusun rapi je. Enjoy je bila baca.. Huh ! Jealous sungguh. Nasib baik bulan puasa. aku simpan jauh-jauh dengki aku uh.

Nak sedapkan hati aku yang lara tak lara ni aku punn take time untuk menghiasi blog aku ni. Aku tukar background blog aku dengan blackberry yang memang bukan aku punya. Hiasan je. Then, tulisan georgia yang bagi aku nampak elegen.. And then, title post background yang aku buat hasil dari tutorial lyssa. So, the result is very awesome. hehehhe. *angkat kening*

Second thing aku nak story di sini adalah baju raya aku warna oren tapi tak beli lagi. *mengarut je tu* saje-saje sebagai penutup cerita. Kan aku dah cakap, aku memang ta hebat berblog. Cukuplah blog sekadar mengisi masa lapang aku.


p/s : Selamat berbuka puasa dan selamat jalani ibadah puasa untuk hari yang seterusnya. Semoga mendapat   keberkatan dan nikmat di bulan mulia ini. amin~
Tangan di bahu mata ke atas. ohh yeah. thanks for reading

Saturday 6 August 2011

Seminggu sudah =)

Assalamualaikum


Wow. Teruja nya aku. nak tahu sebab ape ?? tak perlu la cerita lebar-lebar.  Semua padal dah tahu kan. sekarang kita berada di bulan ramadhan. So, itu la jawapan nya. Keterujaan aku menyambut ramadhan. =) hikhik.





Alhamdulillah. seminggu dah kita jalani ibadah puasa. sekejap je. Hm. This time, aku dapat berbuka puasa bersama family di rumah. =)

P/s : Selamat menyambut ramadan al-mubarak buat semuat umat islam. Jauhi pembaziran. hehehe
Tangan di bahu mata ke atas. ohh yeah. thanks for reading