Geng Membaca

Tuesday, 16 August 2011

17 Ramadhan

Assalamualaikum.

I have been busy lately dealing with my job.*bajet je alin ni* Bukan busy apa pun. Just letih-letih gedik je dia ni. Poyo kan aku. haha =) So, masuk sudah tiga (3) minggu kita semua berada di bulan ramadhan. Alhamdulillah. Semakin hampir tiba malam lailatul qadar.

Tengahari tadi di office, as usual ada slot tazkirah lebih kurang 1 jam 15 minit gitu-gitu bersama penceramah jemputan. Ouh. Seriously, penceramah tadi memang syiok wa cakap lu. Tidak mengantuk dibuatnya. Terus lapang je dada ni dengar ceramah sebegitu. Aku mengaku aku cetek lagi dalam ilmu agama. Alhamdulillah, sepanjang ramadhan ni banyak ilmu aku perolehi. Terasa insaf ouhhhh. But as a human being, I'm still do a mistake over and over again. Insya Allah, aku akan cuba perbaiki diri ini dari semasa ke semasa. heeheheh.

Perasan tak. Setiap entry aku, mesti mukaddimah aku meleret-meleret sebelum masuk ke topic sebenar. Bosan kan?. takpelaa. layan kan aje. korang kan manis. =) Hehehe. tetiba pulak kan

Besok di ishtiharkan bahawa selangor cuti. cuti ape ?? Yeah. Nuzul Quran la beb. Ini la topik aku. Aku nak bercerita kat sini bahawa esok aku cuti. Alahai ! *nampak sangat gelabahnya* haha.

Nuzul Quran???
Apa yang dimaksudkan dengan Nuzul Quran? Ini dia ------> Nuzul yang diambil daripada perkataan bahasa Arab diertikan sebagai penurunan, sementara al-Quran pula merupakan kitab Allah yang diberikan kepada Nabi akhir zaman iaitu Nabi Muhammad s.a.w.

Jadi istilah Nuzul al-Quran boleh diertikan sebagai penurunan al-Quran ke atas baginda Rasulullah sebagai petunjuk kepada umat manusia sejagat.


Sepanjang aku dengar tazkirah di bulan Ramadhan ini, ustaz-ustaz menyeru untuk kita sebagai umat Islam berpegang pada Al Quran. So, nampak kan di situ betapa pentingnya Al-Quran dalam kehidupan. Tidakk ramai antara kita yang meluangkan masa membaca Al Quran. Contoh yang paling hampir tapi tak hampir sangat. Akulah antara contohnya. Hehehe. Since commitment dengan studies tu wujud, aku jadi jadi leka. Alhamdulillah, sekarang aku tak leka sangat dah. =)

Tiga jenis manusia di kalangan hamba Allah yang Islam yang berbeza pendirian atau sikap mereka terhadap al-Quran:


1- Yang menganiayai diri mereka sendiri : Iaitu golongan yang kesalahan dosa mereka lebih banyak daripada pahala kebaikan, kerana mereka tidak membaca al-Quran, mentelaah, berdiskusi apatah lagi untuk beramalan dengan perintah Allah di dalamnya.

2- Adapun golongan yang bersederhana : Ialah golongan di mana kesalahan dosa mereka sama banyak dengan pahala, mereka adalah golongan yang membaca al-Quran tetapi belum bersedia untuk melaksanakan isi-isi kandungannya yang terdiri daripada hukum-hakam Allah.

3- Sementara golongan yang berlumba-lumba untuk berbuat kebaikan : Ialah golongan yang amat banyak kebaikan yang dilakukannya dan amat jarang berbuat kesalahan, mereka adalah golongan yang bersedia untuk melaksanakan hukum perintah Allah dalam al-Quran seperti hukum Hudud, Qisas dan Ta’zir, kerana hukum-hukum itu sahaja yang mampu menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh umat manusia sepanjang masa.


So, pilihan kita semua terletak pada diri kita. Golongan mana yang kita mahu ? Sudah tentu lahh menjadi golongan yang terbaik di sisi Allah kan. Sama laa dengan aku. So, what are you waiting for. Kejarlah amalan di dunia ye. meh sama-sama membaca Al Quran. *ustazah Alynn yang perasan jadi ustazah*
Evryone makes mistake and deserve a second chance.


p/s : Termenunglah dan selamat selamat. =) hhehe. Aku bebel ni untuk diri aku. I just feel to write it.




                           
Tangan di bahu mata ke atas. ohh yeah. thanks for reading

9 comments:

hudaa.udey said...

wah! untung la cuti.. tapi huda cuti dah 5bulan.. naik bosan dah.. hee

btw, thanks for sharing bout golongan2 tu.. huaa! masih banyak kekurangn nii :")

fadzlynniza said...

cuti sehari je punn huda. hikhik. biasela kn. mcm zaman muda2x dlu. ble sekolah nk cuti, ble cuti lme sgt rse nk sklh. kikiki.
everyone not perfect and has many flaws. So, smelahh kte. kte punn still ade bnyk gler kekurangan. heee.

pandangkedepan said...

insyaallah...same2 lah kita beramal walau pun sebesar zarah...:D

syasya said...

huhu nk jd golongan no 3...tp terase diri di no 2...perlu banyak usaha ni..terima kasih untuk entry ini..salam nuzul quran =) smoge hari ini lebih baik dari semalam

fadzlynniza said...

@zul : insya allah
@syasya : amin. mudah mudahan kan dpt num 3 tu. hee =)

jaya jr said...

hmm..terima kasih kerana menulis entri2 yang ade tazkirah ni..xde laa kosong sangat bile blogwalking..huuu

fadzlynniza said...

heee. entry alin sume cikai2x je. ta menarik kn. btw, thanx sudi drop comment. =)

Saif Sulong said...

insaf2. huhu

fadzlynniza said...

hee. yke insaf ni? kikiki. alhamdulillah.=)